Friday, August 29, 2008

PANDUAN BINA BLOG TERBAIK



Anda Mempunyai Masalah Membina Blog Wordpress? Serahkan Kepada Saya !

Ya, saya kini menyediakan perkhidmatan membina dan set up blog wordpress kepada sesiapa yang tidak tahu atau mempunyai masalah dalam membina blog dot com (wordpress) sendiri.

Tahukah anda, dengan blog anda boleh membuat duit? Sudah ramai yang menjadi usahawan yang berjaya hanya dengan blog-blog mereka. Malah, sudah ramai yang bergelar jutawan melalui blog dengan melakukan program-program di internet seperti Pay Per Clicks (Google Adsense, Adbrite, dan lain-lain), Program Affiliate, Menjual Produk Sendiri, ClickBank , Pay Dot Com, Menyediakan perkhidmatan dan servis, dan sebagainya....

  • Kelebihan mempunyai blog dot com sendiri
  • Membina kredibiliti dan Menampakkan keprofesionalan anda
  • Mendapat Trafik ke Laman Web Jualan anda
  • Membolehkan anda Menjana Pendapatan Melalui Google Adsense
  • Membolehkan anda Berkomunikasi Dengan Bakal Pelanggan
  • Mempromosikan Perniagaan Konvensional anda dengan Lebih Berkesan
  • Menambah Rangkaian Perniagaan Melalui Internet
  • Dan banyak lagi faedahnya !

Kenapa Anda Perlu Sebuah Blog Dot Com anda sendiri?

Kuasa
Dengan blog dot com anda sendiri, anda mempunyai kuasa 100% terhadapnya. Tiada siapa yang marah atau mengenakan tindakan sekiranya anda melakukan sesuatu perkara terhadap blog perniagaan atau personal anda. Ini kerana dengan memiliki blog DIY/ blog dot com sendiri, bermaksud anda dapat menentukan dari segi penampilan, gaya bahasa, ’settting’, ‘template’, iklan2 diblog, ’script’ yg pelbagai, dan macam-macam lagi, pendek kata umpama anda menyewa rumah dan membeli rumah, anda boleh lakukan apa sahaja perubahan pada rumah tersebut.

Tetapi, jika anda hanya memiliki blog percuma umpama anda menyewa sebuah rumah. Sudah tentu anda tertakluk kepada syarat2 dan perjanjian yang termetra dengan tuan rumah atau TOS anda semasa mendaftar dengan sesebuah penyedia blog percuma di pasaran.Pernahkah anda suatu ketika dahulu mengalami keadaan dimana pada penghujung bulan tiba-tiba anda diarahkan oleh tuan rumah untuk berpindah ?. Begitu juga dengan blog, ada kemungkinan blog anda akan dibuang sekiranya didapati anda melanggarkan TOS yang ditetapkan. Atau pun mungkin tiba-tiba syarikat penyedia blog tersebut menamatkan perkhidmatan mereka. Jadi apa akan jadi dengan blog yang telah anda bina, pupuk dan semai serta telah menerima kunjungan dari beratus orang ?

Matlamat Blog

Apakah matlamat anda memiliki blog ? Adakah untuk suka-suka ? Adakah anda tidak bimbang jika sesuatu berlaku terhadap blog yang asalnya hanya anda suka-suka untuk menulis ?. Namun suatu hari tiba-tiba blog tersebut telah hilang ? yang lebih parah lagi, blog tersebut untuk perniagaan anda, contohnya untuk Program Google Adsense.

Yaro Starak, seorang usahawan Internet di luar negara sana ada berkongsi cerita mengenai seorang yang bernama Steve. Steve melakukan program Google Adsense dan mendapat income sekitar $2000 dalam sebulan yang menggunakan free blog iaitu blogger.com. Namun, pada suatu hari, semua blog Steve telah tiada lagi kerana pihak Google telah suspend yang blog Steve melakukan “Splogs” (spam blog). Dia kemudian menghubungi Google tetapi permohonannya ditolak dan semua blognya gagal di re-activate semula. Malang baginya kerana semua blog beliau menggunakan satu akaun blogger sahaja. $2000 hangus dan lenyap begitu sahaja.

Kata Yaro, alangkah bagus jika Steve menggunakan Wordpress yang dipasang pada server sendiri. Padahal kata Yaro, untuk pasang Wordpress amat mudah sekali dan sistem wordpress adalah ‘open source’ iaitu percuma. Kos hanyalah untuk beli domain dan hosting sahaja. Jadi sudah tentu ada perbezaan matlamat memiliki blog DIY dan blog percuma, bukan ?. Tanya diri anda sendiri sekarang, sebelum terlambat!

Masalah kebanyakkan 'Newbie' (Orang baru)

  • Tiada Panduan Yang Lengkap Untuk Membina Blog
  • Takut Untuk bermula Kerana "Zero" Ilmu
  • Bermasalah dengan Hal-Hal Teknikal Blog Seperti Plugin, Themes dan sebagainya
  • Tiada Idea atau Tidak dapat Menguruskan Blog dengan Baik
  • Tiada "Mentor" Untuk Memberikan Panduan Membina Blog

Kini, ia bukan lagi Menjadi Masalah Buat Anda Untuk Tidak Membina Blog... Kami Bersedia Membantu !

Kami di binablog.dinberamboi.com kini menyediakan perkhidmatan membina blog dot com wordpress dengan dua pakej menarik dan berbaloi + Murah !

0 comments: