Friday, August 29, 2008

PENJANA PENDAPATAN TANPA MODAL



"Ketahui Rahsia Bagaimana Cara Menjana Wang di Internet Tanpa Modal Dengan Laman Web Anda!"

Kini lebih daripada 2000 orang telah pun mendapatkan Panduan Google Adsense yang pertama dan terlaris di Malaysia ini sejak tahun 2006!

Adakah anda tahu bahawa anda boleh menjana wang yang tidak terhingga dengan hanya membuat laman web percuma walaupun tiada kemahiran dengan Google Adsense ?

RAHSIA PPC PERCUMA



Siapa di sini yang nak tahu bagaimana untuk mendapatkan "rahsia-rahsia" yang dijaga rapi oleh pakar-pakar Adwords untuk menipu Google secara beretika dan mendapatkan kredit tambahan percuma?


Ini bukan rahsia lagi. Jika anda telah bermain dengan AdWords lebih daripada sehari, anda sudah tahu kebenaran bahawa mereka yang dipanggil "guru" mengetahui sesuatu yang anda tak tahu.

Mereka sentiasa mempunyai kredit untuk mempromosikan produk mereka dan mencuba-cuba pelbagai teknik dengan akaun mereka (tanpa perlu risau akan kredit mereka).

Tapi macam mana mereka lakukannya?

Saya mencari, mencari dan jumpa juga akhirnya.

Dan hari ini, saya akan membenarkan anda mengetahui rahsia yang dijaga rapi oleh mereka selama ini!

Biar saya terangkan.

Jika anda seperti saya, anda mungkin pernah terfikir macam mana nak kurangkan kos menggunakan Adwords dan YSM kan? Bukan apa.Kita bukannya ada banyak duit. Setakat cukup untuk belanja keluarga sekali sekala sahaja. Selalunya saya...

Gagal!

Wang saya sendiri pernah hangus ditelan Google. Iklan yang saya buat semuanya tak berjaya. Paling baik yang saya boleh buat pun, hanya mendapat pulangan balik berjumlah puluhan ringgit.

Saya kemudiannya terfikir, jika saya ada kredit lebih banyak, lagi senang saya nak membuat eksperimen dan tahu yang mana akan berjaya. Atas sebab itulah saya mencari-cari cara untuk menambahkan kredit dalam Adwords saya tanpa perlu membelanjakan jumlah wang yang banyak... dan saya menjumpainya!

Tapi bukan itu sahaja...

Saya juga menjumpai 6 cara untuk menambah kredit di dalam akaun Adwords saya dan juga bagaimana untuk menambah kredit di dalam enjin PPC lain seperti Yahoo Search Marketing dan AdCenter!

Bayangkan, saya cuma nak cari satu sahaja, tapi dapat pula maklumat-maklumat lain yang bermanfaat khususnya untuk mereka yang selalu menggunakan enjin PPC untuk:

* adsense arbitrage
* affiliate marketing
* promosi produk

Jika ikut nafsu, baik saya simpan sahaja semua ni, dan enjoy sorang-sorang. Tapi, rasa tak sedap hati pula. Lagi bagus kalau saya bagi je kat beberapa orang yang betul-betul nak maklumat yang saya ada ni. Tapi terfikir pulak, apa jadi kalau diorang pulak guna maklumat tu dan jualkannya?

Mampuslah. Kalau cam tu, biar saya sendiri susun semua data-data, fakta yang saya tahu dan keluarkan dalam satu e-book untuk memudahkan semua orang untuk mendapatkannya.

Dan atas sebab itulah terhasilnya PPC Percuma.
Produk "Cheat the System" pertama oleh warga Malaysia yang dicipta khusus untuk mereka yang mahu mendapatkan kredit Adwords, tanpa perlu membelanjakan jumlah yang banyak untuk mendapatkannya!

BINA BLOG SENDIRI

Mahu Belajar Membina Blog Sendiri dengan Masa Yang Cepat?

"Dapatkan Panduan Yang Telah Membantu Ratusan Orang Memasang Blog dot Com Mereka Sendiri Tanpa Perlu Membuang Banyak Masa!"

Anda Wajib Tahu:

Panduan hebat & tawaran hebat ini hanya boleh didapati di sini sahaja.

PANDUAN CLICKBANK



Psst ... Revolusi baru buat duit & perniagaan di Malaysia akan meletup tak lama lagi ... Iaitu bermula dari laman web ini!

Bukan 1, Tapi 3 Super Affiliate Di ClickBank Membongkar Rahsia Mereka Kepada Anda Sebentar Lagi ... Rahsia Yang Ribuan 'Pakar' Pemasaran Internet [ IM ] Mahu Sembunyikan Daripada Pengetahuan Anda

Mungkin ini adalah kali terakhir anda menemui laman web ini. Jadi, jangan lepaskan peluang sekali seumur hidup ini, kerana ia bakal merubah kehidupan anda tak lama lagi ... Atau anda akan menyesal di kemudian hari ...

Ketahui panduan hebat yang telah menerima tempahan mencecah RM9,300 sebelum dilancarkan lagi! Dan ia akan terus laris tanpa henti!!

Mahukah anda menerima cek sebagaimana di bawah yang sampai ke depan pintu rumah anda sebanyak 2 kali sebulan?

PANDUAN BINA BLOG TERBAIK



Anda Mempunyai Masalah Membina Blog Wordpress? Serahkan Kepada Saya !

Ya, saya kini menyediakan perkhidmatan membina dan set up blog wordpress kepada sesiapa yang tidak tahu atau mempunyai masalah dalam membina blog dot com (wordpress) sendiri.

Tahukah anda, dengan blog anda boleh membuat duit? Sudah ramai yang menjadi usahawan yang berjaya hanya dengan blog-blog mereka. Malah, sudah ramai yang bergelar jutawan melalui blog dengan melakukan program-program di internet seperti Pay Per Clicks (Google Adsense, Adbrite, dan lain-lain), Program Affiliate, Menjual Produk Sendiri, ClickBank , Pay Dot Com, Menyediakan perkhidmatan dan servis, dan sebagainya....

  • Kelebihan mempunyai blog dot com sendiri
  • Membina kredibiliti dan Menampakkan keprofesionalan anda
  • Mendapat Trafik ke Laman Web Jualan anda
  • Membolehkan anda Menjana Pendapatan Melalui Google Adsense
  • Membolehkan anda Berkomunikasi Dengan Bakal Pelanggan
  • Mempromosikan Perniagaan Konvensional anda dengan Lebih Berkesan
  • Menambah Rangkaian Perniagaan Melalui Internet
  • Dan banyak lagi faedahnya !

Kenapa Anda Perlu Sebuah Blog Dot Com anda sendiri?

Kuasa
Dengan blog dot com anda sendiri, anda mempunyai kuasa 100% terhadapnya. Tiada siapa yang marah atau mengenakan tindakan sekiranya anda melakukan sesuatu perkara terhadap blog perniagaan atau personal anda. Ini kerana dengan memiliki blog DIY/ blog dot com sendiri, bermaksud anda dapat menentukan dari segi penampilan, gaya bahasa, ’settting’, ‘template’, iklan2 diblog, ’script’ yg pelbagai, dan macam-macam lagi, pendek kata umpama anda menyewa rumah dan membeli rumah, anda boleh lakukan apa sahaja perubahan pada rumah tersebut.

Tetapi, jika anda hanya memiliki blog percuma umpama anda menyewa sebuah rumah. Sudah tentu anda tertakluk kepada syarat2 dan perjanjian yang termetra dengan tuan rumah atau TOS anda semasa mendaftar dengan sesebuah penyedia blog percuma di pasaran.Pernahkah anda suatu ketika dahulu mengalami keadaan dimana pada penghujung bulan tiba-tiba anda diarahkan oleh tuan rumah untuk berpindah ?. Begitu juga dengan blog, ada kemungkinan blog anda akan dibuang sekiranya didapati anda melanggarkan TOS yang ditetapkan. Atau pun mungkin tiba-tiba syarikat penyedia blog tersebut menamatkan perkhidmatan mereka. Jadi apa akan jadi dengan blog yang telah anda bina, pupuk dan semai serta telah menerima kunjungan dari beratus orang ?

Matlamat Blog

Apakah matlamat anda memiliki blog ? Adakah untuk suka-suka ? Adakah anda tidak bimbang jika sesuatu berlaku terhadap blog yang asalnya hanya anda suka-suka untuk menulis ?. Namun suatu hari tiba-tiba blog tersebut telah hilang ? yang lebih parah lagi, blog tersebut untuk perniagaan anda, contohnya untuk Program Google Adsense.

Yaro Starak, seorang usahawan Internet di luar negara sana ada berkongsi cerita mengenai seorang yang bernama Steve. Steve melakukan program Google Adsense dan mendapat income sekitar $2000 dalam sebulan yang menggunakan free blog iaitu blogger.com. Namun, pada suatu hari, semua blog Steve telah tiada lagi kerana pihak Google telah suspend yang blog Steve melakukan “Splogs” (spam blog). Dia kemudian menghubungi Google tetapi permohonannya ditolak dan semua blognya gagal di re-activate semula. Malang baginya kerana semua blog beliau menggunakan satu akaun blogger sahaja. $2000 hangus dan lenyap begitu sahaja.

Kata Yaro, alangkah bagus jika Steve menggunakan Wordpress yang dipasang pada server sendiri. Padahal kata Yaro, untuk pasang Wordpress amat mudah sekali dan sistem wordpress adalah ‘open source’ iaitu percuma. Kos hanyalah untuk beli domain dan hosting sahaja. Jadi sudah tentu ada perbezaan matlamat memiliki blog DIY dan blog percuma, bukan ?. Tanya diri anda sendiri sekarang, sebelum terlambat!

Masalah kebanyakkan 'Newbie' (Orang baru)

  • Tiada Panduan Yang Lengkap Untuk Membina Blog
  • Takut Untuk bermula Kerana "Zero" Ilmu
  • Bermasalah dengan Hal-Hal Teknikal Blog Seperti Plugin, Themes dan sebagainya
  • Tiada Idea atau Tidak dapat Menguruskan Blog dengan Baik
  • Tiada "Mentor" Untuk Memberikan Panduan Membina Blog

Kini, ia bukan lagi Menjadi Masalah Buat Anda Untuk Tidak Membina Blog... Kami Bersedia Membantu !

Kami di binablog.dinberamboi.com kini menyediakan perkhidmatan membina blog dot com wordpress dengan dua pakej menarik dan berbaloi + Murah !

DUIT SEKELIP MATA?




"GEMPAR...Formula Terkini Yang Dapat Membantu Sesiapa Mengeksploitasi E-Bay Di Malaysia Untuk Menjana Pendapatan Gila-Gila Sebulan!"

"Pelajari kisah seorang bekas "mat rempit" yang telah mengubah hidupnya dari tidak memiliki apa-apa dahulunya ke sekarang memiliki sebuah kereta Gen-2, kondominium mewah dan segala-galanya!"

EBOOK PERCUMA..KLIK LE..



PELUANG BUAT DUIT DENGAN PROGRAM PAY PER LEAD TERMAHAL DI MALAYSIA KINI DIBUKA!!!
SEBARKAN LAPORAN PERCUMA KAMI DAN KAMI BAYAR ANDA!!!! SUNGGUH MUDAH MENJANA WANG MELALUI INTERNET !!!!

7 HARI MAHIR ADSENSE



“Ketahui Bagaimana Anda Boleh Menjadi 'Expert Segera' Program Adsense Dan Meningkatkan Pendapatan Adsense Sehingga ke 300% Atau Lebih Dengan Teknik Yang Terbukti Berkesan...”
Anda Akan Mempelajari Teknik Menghasilkan Website Adsense Yang Mampu Menjana Pendapatan Yang Lumayan Dan Ianya Berterusan, Dan Yang Menariknya Anda...

Tidak Perlu Tool/ Software Yang Mahal
Tidak Perlu Menghabiskan Wang Yang Banyak Untuk Mahir
Tidak Perlu Mengambil Masa Yang Lama Untuk Menjadi 'Pakar' Adsense

KEHIDUPAN SEORANG USAHAWAN INTERNET


Kehidupan seorang usahawan Internet sebenarnya tidaklah semudah yang disangkakan. Kadang kala anda lihat mereka yang memperolehi pendapatan yang lumayan di internet membuatkan anda rasa “jealous” serta berasa teruja untuk menjadi seperti mereka.
Untuk menjadi seorang usahawan internet yang berjaya, perjalanannya adalah dipenuhi dengan liku – liku yang mencabar. Banyak perkara yang perlu dikuasi terutama sekali dari segi motivasi diri, disiplin diri serta usaha yang diletakkan.
Rata – rata orang pada mulanya sangat berkobar – kobar untuk memulakan perniagaan mereka di internet. Namun hari demi hari, masuk bulan demi bulan, semangat yang berkobar – kobar tersebut hilang. Janji pada diri untuk “buat bisnes internet” kini terkubur begitu sahaja. Umpama lagu KRU – Janji Tinggal Janji… ;)
Antara perkara utama yang perlu anda tanya pada diri anda sebelum memulakan perniagaan anda di internet adalah :
1. Apa “target” anda? Hanya mahu Self Employed atau jadi Business Owner?
2. Sejauh mana anda sanggup berusaha? Adakah anda tak minat kerja kuat?
3. Sekuat mana hati anda sanggup hadapi hari demi hari untuk mendapatkan hasil? Adakah anda cepat “fed up”?
4. Seberapa lama mana anda sanggup BERSABAR dalam usaha mendapatkan hasil anda? Adakah anda jenis yang nak “pendapatan segera”?
5. Minat, pengalaman dan kepakaran anda?
6. Modal atau asset yang anda miliki sekarang? Ada komputer & internet?
Industri perniagaan di internet adalah sangat luas dan bukan semua dapat kita kuasai. Walaubagaimanapun, dengan hanya sebahagian kecil sahaja yang kita kuasai, pulangan yang bakal diperolehi adalah cukup besar JIKA kena pada cara, tempat dan pasarannya.
Untuk itu sudah tentunya anda perlu mendapatkan ILMU yang berkaitan terlebih dahulu…

Pencarian Ilmu Internet Marketing
Adakah anda ketika ini sedang tercari – cari bagaimana caranya untuk menjalankan perniagaan menerusi internet, memasarkan produk ke serata tempat, melakukan pemasaran affiliate, sertai program Google Adsense, cara buat ebook dan sebagainya?
Saya mengerti apa yang anda rasakan dan apa yang bermain di fikiran anda kerana saya pernah berada di tempat anda sewaktu saya mula – mula ingin tahu apakah sebenarnya “perniagaan internet”.
Saya sering menerima email yang bertanyakan kepada saya bagaimana caranya untuk memulakan perniagaan di internet. Kata si pengirim, mereka amat BERMINAT untuk mengetahui cara – cara menjalankan perniagaan di internet tetapi tak tahu bagaimana nak bermula. Malah ada yang katanya sanggup untuk datang berjumpa saya semata – mata ingin tahu lebih lanjut tentang perkara ini.
Ada juga yang mengadu banyak duit dah dihabiskan untuk membeli panduan itu dan ini, tetapi sampai sekarang belum mendapat sebarang hasil lagi.
Untuk makluman anda, sebenarnya saya sendiri pun telah berhabis banyak duit… bukan setakat ratusan sahaja, tetapi mencecah ribuan ringgit! Dari membeli ebook, software, script, sertai kelas online, membership dan macam – macam hal lagi saya belanjakan duit semata – mata untuk mendapatkan sesuatu informasi yang saya ingini. Malah sehingga ke hari ini saya masih membelanjakan wang saya untuk mendapatkan pelbagai lagi informasi baru.
Saya suka sarankan jangan mengeluh “saya dah banyak belanjakan duit untuk beli produk A,B,C,D… Z, tapi semuanya sama jer… saya tetap masih tak tahu lagi bagaimana nak bermula…” Jika anda rasa anda dah banyak belanjakan wang anda, sebenarnya ramai lagi yang banyak membelanjakan wang mereka terutama sekali mereka yang dah berjaya dalam perniagaan internet masing – masing.
Saya pasti 99% yang berjaya hari ini telah banyak berhabis duit untuk mendapatkan informasi yang diperlukan serta mencuba pelbagai perkara yang dipelajari. 1% baki yang tinggal, saya tak pasti pula… Mungkin mereka ini telah dilahirkan terus bijaksana dalam ilmu perniagaan di internet serta telah lengkap memiliki segala peralatan yang diperlukan. ;)
Tanya diri anda, selepas anda membeli sesuatu panduan atau produk itu, pernahkah anda cuba sedaya upaya anda mengaplikasikan apa yang dinyatakan? Kadang kala kita teruja apabila melihat sesuatu tajuk produk itu sebagai contoh “Ketahui rahsia menjana wang sebanyak RM2000 sehari”… dan apabila telah beli panduan tersebut, kita kecewa sebab teknik yang dinyatakan amat “leceh” dan “susah” nak diaplikasikan atau penerangan kurang jelas.
Kadang kala kita beli satu “sistem” yang mengatakan dengan sistem ini, anda berupaya mengautomasikan perniagaan anda. Namun apabila dah memiliki sistem ini, tak tahu pula nak menggunakannya…
Salah siapakah ini?
Adakah salah si penjual?
Atau salah si pembeli?
.
.
.
Sebelum anda membeli sesuatu panduan atau produk perniagaan internet, buat satu peta minda untuk apa perkara yang ingin anda ketahui. Jika dahulu di sekolah cikgu mengajar kita untuk lakar peta minda bagi satu – satu topik perkara yang kita pelajari, jadi mengapa tidak kita aplikasikan konsep ini dalam kehidupan seharian kita. (Bagi yang mengamalkan konsep ini… tahniah saya ucapkan!)
Anda boleh lakarkan peta minda berdasarkan topik – topik yang anda ingin pelajari dalam industri perniagaan di internet. Dengan membuat lakaran peta minda ini, kita dapat mengenalpasti MOTIF sebenar perkara yang ingin kita laksanakan.
Ini adalah kerana sebagai seorang manusia, kita perlu memiliki satu panduan yang dapat menjadi tanda arah kepada apa yang perlu kita tujui. Dengan adanya panduan yang kita tetapkan dalam diri kita sendiri, maka segala tugasan yang ingin kita laksanakan akan menjadi lebih mudah.
Sebagai contoh, anda boleh lihat lakaran peta minda yang saya lakukan di bawah ini. (Lakaran ini adalah contoh sahaja… Lakarkan peta minda anda berdasarkan cara dan gaya anda tersendiri. Ini adalah kerana lain orang, lain cara dan kefahamannya).
Lakarkan seberapa banyak topik dan subtopik yang boleh dan yang anda ingin tahu. Jika anda tahu satu atau dua topik sahaja, tak mengapa.. Yang penting adalah cuba kembangkan dari satu topik kepada beberapa sub topik yang ada. Buat research anda. (Ini yang penting… Sentiasa buat research untuk sesuatu perkara yang ingin dilaksanakan… )
Setelah anda membuat lakaran utama, kini tiba masa untuk anda pilih topik yang anda benar – benar ingin fokus. Pastikan anda memilih satu topik pada satu – satu masa sahaja terlebih dahulu.
Jangan terlalu tamak untuk mengetahui semuanya dalam satu masa. Jangan risau… Anda mempunyai masa yang banyak untuk belajar perkara yang lain. Utamakan pada satu topik yang dipilih dan fokus pada topik tersebut. Seterusnya cuba dapatkan hasil daripada ujian, percubaan dan usaha yang dilakukan terhadap topik yang dipilih.
Pastikan sekali lagi anda lakarkan sub – sub topik yang anda perlu tahu dalam satu – satu topik yang dipilih. Jika dulu kita belajar matematik, ada banyak sub – sub topiknya seperti Logarithma, Differentiation, Probability, Calculus dan lain – lain hal, begitu juga dengan topik – topik internet marketing.
Apabila anda dah kenal pasti apakah topik atau perkara yang ingin anda pelajari, kemudiannya draft kembali topik tersebut dengan lebih tersusun sebagai contoh :
Produk Digital – Produk Sendiri – Ebook
1. Apa yang anda ingin tahu tentang ebook?
• Bagaimana nak buat ebook
• Format ebook
• Cara mendapat idea (topic research)
• Tumpuan Pasaran
• Permintaan
• Harga
• Copyright
• etc
2. Design Ebook
• Bagaimana nak buat ecover
• Warna Tema
• Design sendiri atau tempah?
• Etc
3. Pemasaran
• Bagaimana nak pasarkan ebook?
• Website
• Affiliate
• Joint Venture
• Pengiklanan
• etc
4. Lain – lain hal yang anda ingin tahu…
Apabila anda dah kenal pasti apa sebenarnya TUJUAN anda, perkara yang anda ingin cari dan perolehi, maka hal ini akan memudahkan segala tugasan anda untuk mendapatkan informasi serta memulakan langkah anda.
Ingat pesanan saya, sentiasa FOKUS dengan satu – satu jenis perkara terlebih dahulu. Anda MUNGKIN boleh buat 2 – 3 perkara dalam satu masa tetapi perkara yang UTAMA haruslah diutamakan berbanding perkara – perkara yang lain.
Jika nak belajar tentang pemasaran produk fizikal, maka pastikan anda dapatkan maklumat yang secukup… Kemudian cuba praktikan segala informasi yang anda perolehi. Selepas anda berpuas hati dengan keputusan tersebut, maka bolehlah beralih arah kepada topik lain.

Trik Mencari Informasi
Kadang kala dalam keghairahan kita untuk mendapatkan informasi yang kita perlukan, kita terus menerus bertanyakan soalan kepada sesetengah pihak yang kita rasakan dapat membantu.
Tetapi tunggu punya tunggu, hari demi hari, akhirnya segala persoalan dan pertanyaan kita langsung tak terjawab… “Amboi.. sombongnya kau” detik hati kita?
Pertama sekali, ada 3 kemungkinan mengapa email tak terjawab.

Pertama
Email yang anda kirimkan tak diterima atau terlepas pandang oleh si dia sebab termasuk ke dalam JUNK/BULK/SPAM mail beliau. Kadang kala apabila terlalu banyak sangat email yang masuk ke dalam email seseorang itu, besar kemungkinan si dia terlepas pandang atau email anda termasuk ke dalam JUNK/BULK/SPAM adalah tinggi.
Hal inilah yang menyebabkan email anda tak terbalas. Kadang kala si dia juga menghadapi masalah seketika untuk berinteraksi dengan anda. Anda boleh cuba emailkan sekali lagi pertanyaan anda dalam beberapa tempoh masa selepas itu. Jika masih tiada jawapan… Lihat kemungkinan 2 dan 3 dibawah.

Kedua
Soalan yang anda kemukakan TERLALU ASAS. Mungkin juga email yang anda kirimkan tiada hujung pangkal (Soalan sangat pendek dan tidak jelas apakah persoalan yang sebenar). Bagaimana jika anda terima email begini
“Saya tak tahu download.. macam mana nak buat?”
Jika anda yang terima email ini, apa pandangan anda? Pangkalnya tak diketahui, hujungnya sahaja yang ada… Mungkin lebih molek jika dinyatakan apakah perkara yang tidak dapat didownload, apakah link download tersebut, apakah laman webnya dan apa – apa butiran lengkap yang dapat membantu.
Ataupun seperti berikut :
“Boleh ajar aku macam mana nak buat ebook?”
Adakah anda salah seorang daripada mereka? ;) Sebenarnya hal ini biasa berlaku pada orang yang baru (newbie) yang terlalu ghairah untuk mendapatkan informasi. Ops.. saya pun pernah juga begitu dahulu… Dek kerana terlalu ghairah nak dapatkan informasi, Email yang dikirimkan terlalu ringkas dan akhirnya… tak dijawab oleh si penerima. ☺
Satu lagi perkara yang perlu diambil berat adalah penggunaan bahasa pengganti diri. Ada sesetengah orang tidak kisah jika menggunakan bahasa diri “kau”, “aku”. Ada yang menganggap penggunaan bahasa ini agak “sempoi” dan tak terlalu formal. Namun ada sesetengah pihak lain pula, benda – benda ini diambil berat dan kadang kala penggunaan bahasa diri yang kurang bersesuaian boleh menyebabkan email anda tak dibalas.
Saya sarankan jika anda ingin menghubungi seseorang itu buat pertama kali atau baru kenal, gunakanlah bahasa pengganti diri yang agak lembut bunyi seperti saudara / saudari, awak, anda, encik, Dr (jika dia ada title ini), nama beliau, dan sebagainya.
Tak salah untuk menghormati mereka terlebih dahulu. Ini juga menunjukkan cara professional anda berinteraksi dengan mereka. Saya juga yakin sesetengah pihak sebenarnya berjawatan tinggi dalam pekerjaan serta mempunyai pendidikan yang cukup baik. Jadi, seeloknya kita menggunakan bahasa yang sopan. Jangan lupa bahawa kita mempunyai adab dan sopan.

Ketiga
Si dia memang malas nak balas @ tidak mahu bertanggungjawab terhadap persoalan anda. Jadi, bagi kes ini… anda abaikan… Jangan salahkan diri mereka. Tetapi sebaliknya cuba cari penyelesaian sendiri.
Baiklah, sebenarnya sebelum anda membelanjakan wang anda untuk membeli apa – apa panduan / produk yang diingini, anda MUNGKIN boleh mendapatkan jawapan anda secara PERCUMA sahaja! Apa yang penting adalah, pastikan anda terlebih dahulu menggunakan kelebihan yang anda miliki sekarang ini… Ya, anda sebenarnya memiliki satu kelebihan di depan mata anda sendiri.
Kadang kala kita terlupa bahawa terdapat SATU SISTEM yang boleh digunakan untuk menyelesaikan persoalan kita dan sistem ini merupakan RAJA segala SUMBER… Apa yang saya maksudkan disini adalah KUASA SEARCH ENGINE.
Sebenarnya, “search engine” inilah penjawab soalan yang terpantas untuk segala pertanyaan anda.
Antara search engine yang popular adalah Google.com, Yahoo.com dan MSN.com. Agak mustahil jika anda tak pernah gunakan search engine ini kan? ;)
Gunakan kuasa mereka untuk mencari segala persoalan yang anda perlukan dan mula mempelajari apa – apa ilmu berkaitan industri perniagaan internet.
Sebagai contoh, jika anda nak cari maklumat “Bagaimana nak buat ebook”, maka taipkan sahaja persoalan anda. Cuma saya sarankan anda gunakan Bahasa Inggeris untuk tujuan ini. Jika anda tak mahir bahasa inggeris, silalah mahir – mahirkan diri anda.
Masukkan persoalan dan pencarian masalah anda. Anda juga boleh menggunakan Advanced Search yang terdapat pada Google.com untuk mendapatkan keputusan lebih efektif.

Jadikan Google sebagai guru pertama anda....Itulah cara saya yang pertama. Cubalah.