
Kehidupan seorang usahawan Internet sebenarnya tidaklah semudah yang disangkakan. Kadang kala anda lihat mereka yang memperolehi pendapatan yang lumayan di internet membuatkan anda rasa “jealous” serta berasa teruja untuk menjadi seperti mereka.
Untuk menjadi seorang usahawan internet yang berjaya, perjalanannya adalah dipenuhi dengan liku – liku yang mencabar. Banyak perkara yang perlu dikuasi terutama sekali dari segi motivasi diri, disiplin diri serta usaha yang diletakkan.
Rata – rata orang pada mulanya sangat berkobar – kobar untuk memulakan perniagaan mereka di internet. Namun hari demi hari, masuk bulan demi bulan, semangat yang berkobar – kobar tersebut hilang. Janji pada diri untuk “buat bisnes internet” kini terkubur begitu sahaja. Umpama lagu KRU – Janji Tinggal Janji… ;)
Antara perkara utama yang perlu anda tanya pada diri anda sebelum memulakan perniagaan anda di internet adalah :
1. Apa “target” anda? Hanya mahu Self Employed atau jadi Business Owner?
2. Sejauh mana anda sanggup berusaha? Adakah anda tak minat kerja kuat?
3. Sekuat mana hati anda sanggup hadapi hari demi hari untuk mendapatkan hasil? Adakah anda cepat “fed up”?
4. Seberapa lama mana anda sanggup BERSABAR dalam usaha mendapatkan hasil anda? Adakah anda jenis yang nak “pendapatan segera”?
5. Minat, pengalaman dan kepakaran anda?
6. Modal atau asset yang anda miliki sekarang? Ada komputer & internet?
Industri perniagaan di internet adalah sangat luas dan bukan semua dapat kita kuasai. Walaubagaimanapun, dengan hanya sebahagian kecil sahaja yang kita kuasai, pulangan yang bakal diperolehi adalah cukup besar JIKA kena pada cara, tempat dan pasarannya.
Untuk itu sudah tentunya anda perlu mendapatkan ILMU yang berkaitan terlebih dahulu…
Pencarian Ilmu Internet Marketing
Adakah anda ketika ini sedang tercari – cari bagaimana caranya untuk menjalankan perniagaan menerusi internet, memasarkan produk ke serata tempat, melakukan pemasaran affiliate, sertai program Google Adsense, cara buat ebook dan sebagainya?
Saya mengerti apa yang anda rasakan dan apa yang bermain di fikiran anda kerana saya pernah berada di tempat anda sewaktu saya mula – mula ingin tahu apakah sebenarnya “perniagaan internet”.
Saya sering menerima email yang bertanyakan kepada saya bagaimana caranya untuk memulakan perniagaan di internet. Kata si pengirim, mereka amat BERMINAT untuk mengetahui cara – cara menjalankan perniagaan di internet tetapi tak tahu bagaimana nak bermula. Malah ada yang katanya sanggup untuk datang berjumpa saya semata – mata ingin tahu lebih lanjut tentang perkara ini.
Ada juga yang mengadu banyak duit dah dihabiskan untuk membeli panduan itu dan ini, tetapi sampai sekarang belum mendapat sebarang hasil lagi.
Untuk makluman anda, sebenarnya saya sendiri pun telah berhabis banyak duit… bukan setakat ratusan sahaja, tetapi mencecah ribuan ringgit! Dari membeli ebook, software, script, sertai kelas online, membership dan macam – macam hal lagi saya belanjakan duit semata – mata untuk mendapatkan sesuatu informasi yang saya ingini. Malah sehingga ke hari ini saya masih membelanjakan wang saya untuk mendapatkan pelbagai lagi informasi baru.
Saya suka sarankan jangan mengeluh “saya dah banyak belanjakan duit untuk beli produk A,B,C,D… Z, tapi semuanya sama jer… saya tetap masih tak tahu lagi bagaimana nak bermula…” Jika anda rasa anda dah banyak belanjakan wang anda, sebenarnya ramai lagi yang banyak membelanjakan wang mereka terutama sekali mereka yang dah berjaya dalam perniagaan internet masing – masing.
Saya pasti 99% yang berjaya hari ini telah banyak berhabis duit untuk mendapatkan informasi yang diperlukan serta mencuba pelbagai perkara yang dipelajari. 1% baki yang tinggal, saya tak pasti pula… Mungkin mereka ini telah dilahirkan terus bijaksana dalam ilmu perniagaan di internet serta telah lengkap memiliki segala peralatan yang diperlukan. ;)
Tanya diri anda, selepas anda membeli sesuatu panduan atau produk itu, pernahkah anda cuba sedaya upaya anda mengaplikasikan apa yang dinyatakan? Kadang kala kita teruja apabila melihat sesuatu tajuk produk itu sebagai contoh “Ketahui rahsia menjana wang sebanyak RM2000 sehari”… dan apabila telah beli panduan tersebut, kita kecewa sebab teknik yang dinyatakan amat “leceh” dan “susah” nak diaplikasikan atau penerangan kurang jelas.
Kadang kala kita beli satu “sistem” yang mengatakan dengan sistem ini, anda berupaya mengautomasikan perniagaan anda. Namun apabila dah memiliki sistem ini, tak tahu pula nak menggunakannya…
Salah siapakah ini?
Adakah salah si penjual?
Atau salah si pembeli?
.
.
.
Sebelum anda membeli sesuatu panduan atau produk perniagaan internet, buat satu peta minda untuk apa perkara yang ingin anda ketahui. Jika dahulu di sekolah cikgu mengajar kita untuk lakar peta minda bagi satu – satu topik perkara yang kita pelajari, jadi mengapa tidak kita aplikasikan konsep ini dalam kehidupan seharian kita. (Bagi yang mengamalkan konsep ini… tahniah saya ucapkan!)
Anda boleh lakarkan peta minda berdasarkan topik – topik yang anda ingin pelajari dalam industri perniagaan di internet. Dengan membuat lakaran peta minda ini, kita dapat mengenalpasti MOTIF sebenar perkara yang ingin kita laksanakan.
Ini adalah kerana sebagai seorang manusia, kita perlu memiliki satu panduan yang dapat menjadi tanda arah kepada apa yang perlu kita tujui. Dengan adanya panduan yang kita tetapkan dalam diri kita sendiri, maka segala tugasan yang ingin kita laksanakan akan menjadi lebih mudah.
Sebagai contoh, anda boleh lihat lakaran peta minda yang saya lakukan di bawah ini. (Lakaran ini adalah contoh sahaja… Lakarkan peta minda anda berdasarkan cara dan gaya anda tersendiri. Ini adalah kerana lain orang, lain cara dan kefahamannya).
Lakarkan seberapa banyak topik dan subtopik yang boleh dan yang anda ingin tahu. Jika anda tahu satu atau dua topik sahaja, tak mengapa.. Yang penting adalah cuba kembangkan dari satu topik kepada beberapa sub topik yang ada. Buat research anda. (Ini yang penting… Sentiasa buat research untuk sesuatu perkara yang ingin dilaksanakan… )
Setelah anda membuat lakaran utama, kini tiba masa untuk anda pilih topik yang anda benar – benar ingin fokus. Pastikan anda memilih satu topik pada satu – satu masa sahaja terlebih dahulu.
Jangan terlalu tamak untuk mengetahui semuanya dalam satu masa. Jangan risau… Anda mempunyai masa yang banyak untuk belajar perkara yang lain. Utamakan pada satu topik yang dipilih dan fokus pada topik tersebut. Seterusnya cuba dapatkan hasil daripada ujian, percubaan dan usaha yang dilakukan terhadap topik yang dipilih.
Pastikan sekali lagi anda lakarkan sub – sub topik yang anda perlu tahu dalam satu – satu topik yang dipilih. Jika dulu kita belajar matematik, ada banyak sub – sub topiknya seperti Logarithma, Differentiation, Probability, Calculus dan lain – lain hal, begitu juga dengan topik – topik internet marketing.
Apabila anda dah kenal pasti apakah topik atau perkara yang ingin anda pelajari, kemudiannya draft kembali topik tersebut dengan lebih tersusun sebagai contoh :
Produk Digital – Produk Sendiri – Ebook
1. Apa yang anda ingin tahu tentang ebook?
• Bagaimana nak buat ebook
• Format ebook
• Cara mendapat idea (topic research)
• Tumpuan Pasaran
• Permintaan
• Harga
• Copyright
• etc
2. Design Ebook
• Bagaimana nak buat ecover
• Warna Tema
• Design sendiri atau tempah?
• Etc
3. Pemasaran
• Bagaimana nak pasarkan ebook?
• Website
• Affiliate
• Joint Venture
• Pengiklanan
• etc
4. Lain – lain hal yang anda ingin tahu…
Apabila anda dah kenal pasti apa sebenarnya TUJUAN anda, perkara yang anda ingin cari dan perolehi, maka hal ini akan memudahkan segala tugasan anda untuk mendapatkan informasi serta memulakan langkah anda.
Ingat pesanan saya, sentiasa FOKUS dengan satu – satu jenis perkara terlebih dahulu. Anda MUNGKIN boleh buat 2 – 3 perkara dalam satu masa tetapi perkara yang UTAMA haruslah diutamakan berbanding perkara – perkara yang lain.
Jika nak belajar tentang pemasaran produk fizikal, maka pastikan anda dapatkan maklumat yang secukup… Kemudian cuba praktikan segala informasi yang anda perolehi. Selepas anda berpuas hati dengan keputusan tersebut, maka bolehlah beralih arah kepada topik lain.
Trik Mencari Informasi
Kadang kala dalam keghairahan kita untuk mendapatkan informasi yang kita perlukan, kita terus menerus bertanyakan soalan kepada sesetengah pihak yang kita rasakan dapat membantu.
Tetapi tunggu punya tunggu, hari demi hari, akhirnya segala persoalan dan pertanyaan kita langsung tak terjawab… “Amboi.. sombongnya kau” detik hati kita?
Pertama sekali, ada 3 kemungkinan mengapa email tak terjawab.
Pertama
Email yang anda kirimkan tak diterima atau terlepas pandang oleh si dia sebab termasuk ke dalam JUNK/BULK/SPAM mail beliau. Kadang kala apabila terlalu banyak sangat email yang masuk ke dalam email seseorang itu, besar kemungkinan si dia terlepas pandang atau email anda termasuk ke dalam JUNK/BULK/SPAM adalah tinggi.
Hal inilah yang menyebabkan email anda tak terbalas. Kadang kala si dia juga menghadapi masalah seketika untuk berinteraksi dengan anda. Anda boleh cuba emailkan sekali lagi pertanyaan anda dalam beberapa tempoh masa selepas itu. Jika masih tiada jawapan… Lihat kemungkinan 2 dan 3 dibawah.
Kedua
Soalan yang anda kemukakan TERLALU ASAS. Mungkin juga email yang anda kirimkan tiada hujung pangkal (Soalan sangat pendek dan tidak jelas apakah persoalan yang sebenar). Bagaimana jika anda terima email begini
“Saya tak tahu download.. macam mana nak buat?”
Jika anda yang terima email ini, apa pandangan anda? Pangkalnya tak diketahui, hujungnya sahaja yang ada… Mungkin lebih molek jika dinyatakan apakah perkara yang tidak dapat didownload, apakah link download tersebut, apakah laman webnya dan apa – apa butiran lengkap yang dapat membantu.
Ataupun seperti berikut :
“Boleh ajar aku macam mana nak buat ebook?”
Adakah anda salah seorang daripada mereka? ;) Sebenarnya hal ini biasa berlaku pada orang yang baru (newbie) yang terlalu ghairah untuk mendapatkan informasi. Ops.. saya pun pernah juga begitu dahulu… Dek kerana terlalu ghairah nak dapatkan informasi, Email yang dikirimkan terlalu ringkas dan akhirnya… tak dijawab oleh si penerima. ☺
Satu lagi perkara yang perlu diambil berat adalah penggunaan bahasa pengganti diri. Ada sesetengah orang tidak kisah jika menggunakan bahasa diri “kau”, “aku”. Ada yang menganggap penggunaan bahasa ini agak “sempoi” dan tak terlalu formal. Namun ada sesetengah pihak lain pula, benda – benda ini diambil berat dan kadang kala penggunaan bahasa diri yang kurang bersesuaian boleh menyebabkan email anda tak dibalas.
Saya sarankan jika anda ingin menghubungi seseorang itu buat pertama kali atau baru kenal, gunakanlah bahasa pengganti diri yang agak lembut bunyi seperti saudara / saudari, awak, anda, encik, Dr (jika dia ada title ini), nama beliau, dan sebagainya.
Tak salah untuk menghormati mereka terlebih dahulu. Ini juga menunjukkan cara professional anda berinteraksi dengan mereka. Saya juga yakin sesetengah pihak sebenarnya berjawatan tinggi dalam pekerjaan serta mempunyai pendidikan yang cukup baik. Jadi, seeloknya kita menggunakan bahasa yang sopan. Jangan lupa bahawa kita mempunyai adab dan sopan.
Ketiga
Si dia memang malas nak balas @ tidak mahu bertanggungjawab terhadap persoalan anda. Jadi, bagi kes ini… anda abaikan… Jangan salahkan diri mereka. Tetapi sebaliknya cuba cari penyelesaian sendiri.
Baiklah, sebenarnya sebelum anda membelanjakan wang anda untuk membeli apa – apa panduan / produk yang diingini, anda MUNGKIN boleh mendapatkan jawapan anda secara PERCUMA sahaja! Apa yang penting adalah, pastikan anda terlebih dahulu menggunakan kelebihan yang anda miliki sekarang ini… Ya, anda sebenarnya memiliki satu kelebihan di depan mata anda sendiri.
Kadang kala kita terlupa bahawa terdapat SATU SISTEM yang boleh digunakan untuk menyelesaikan persoalan kita dan sistem ini merupakan RAJA segala SUMBER… Apa yang saya maksudkan disini adalah KUASA SEARCH ENGINE.
Sebenarnya, “search engine” inilah penjawab soalan yang terpantas untuk segala pertanyaan anda.
Antara search engine yang popular adalah Google.com, Yahoo.com dan MSN.com. Agak mustahil jika anda tak pernah gunakan search engine ini kan? ;)
Gunakan kuasa mereka untuk mencari segala persoalan yang anda perlukan dan mula mempelajari apa – apa ilmu berkaitan industri perniagaan internet.
Sebagai contoh, jika anda nak cari maklumat “Bagaimana nak buat ebook”, maka taipkan sahaja persoalan anda. Cuma saya sarankan anda gunakan Bahasa Inggeris untuk tujuan ini. Jika anda tak mahir bahasa inggeris, silalah mahir – mahirkan diri anda.
Masukkan persoalan dan pencarian masalah anda. Anda juga boleh menggunakan Advanced Search yang terdapat pada Google.com untuk mendapatkan keputusan lebih efektif.
Jadikan Google sebagai guru pertama anda....Itulah cara saya yang pertama. Cubalah.